Kampung Awat-Awat, Perkampungan Nelayan Alami Banyak Perubahan

ISNIN, 13 DISEMBER 2021

LAWAS: Kampung Awat-Awat merupakan perkampungan nelayan yang dahulunya hanya memiliki jalan laut dan sungai serta tiada bekalan air dan elektrik.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kampung tersebut kini mengalami perubahan dan memiliki kemudahan yang dapat dinikmati oleh penduduk.

“Apa yang ada pada hari ini adalah disebabkan kita bersama kerajaan sejak dahulu lagi. Sedikit demi sedikit  berubah dan hari ini sudah ada banyak kemudahan yang kita nikmati.

“Ini tidak datang bergolek, ini adalah berkat usaha kita bersama kerajaan, kita dapat merancang dan melaksanakan sesuatu.

“Oleh itu kita harus bersama kerajaan apatah lagi dalam menghadapi pilihanraya ini supaya kita dapat terus melaksanakan pembangunan dan menjaga kebajikan masyarakat,”katanya semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Enjin Bot Sangkut Program Peningkatan Pendapatan di Waterfront Awat-Awat pada Ahad.

Datuk Amar Awang Tengah yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) N82 Bukit Sari berkata, GPS mempunyai pelbagai lagi perancangan untuk memberikan pembangunan kepada rakyat.

“ Kita akan teruskan pembangunan di Sarawak ini. Kita akan bina link road dan Pan Borneo Highway dan ini semuanya dibiayai oleh kerajaan Negeri kita. Kita akan bina lapangan terbang baru di Lawas ini. Kita akan membangunkan kawasan kita ini. Itulah matlamat kita iaitu untuk membangun dan kebajikan masyarakat terjaga,”ujar beliau.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Dato Seri Mahdzir Khalid semasa berucap memberitahu, Lawas telah mengalami banyak perbezaan berbanding 10 tahun yang lalu.

“Banyak kawasan sudah dibangunkan di Lawas ini dan kita akan terus membantu kawasan-kawasan luar bandar di Negeri Sarawak ini,” kata beliau.

Dato Seri Mahdzir juga mengumumkan bahawa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dibangunkan di Lawas ini dengan peruntukan RM 140 juta.

“Kita mahu beri pendidikan yang terbaik untuk anak-anak di Lawas ini. Ini semua kita lakukan bersama KEMAS, MARA, FELCRA yang masing-masing mempunyai peranan sendiri dalam memberi yang terbaik kepada masyarakat,”jelasnya.

Dalam program tersebut, telah disampaikan sumbangan peralatan persekolahan pelajar dari Felcra, dividen ladang rakyat Felcra dan Pelita, sumbangan bakul makanan asnaf B40, penyampaian alat bantu pembelajaran, penyampaian sijil kursus ‘Long Life Learning’, penyampaian replika kunci PPRT bina baharu serta penyampaian PPP Enjin sangkut kepada mereka yang layak.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Dato Henry Sum Agong, Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf, dan Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denny Ahmad Fauzi.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia