Naik Taraf Padang Bola Sepak Kampung Jaya Bakti Beri Manfaat Golongan Belia

ISNIN, 13 DISEMBER 2021

KUCHING : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi meninjau kerja-kerja menaiktaraf Padang Bola Sepak di Kampung Jaya Bakti, pada Isnin.

Projek menaiktaraf padang bola tersebut telah dibina dengan kos RM150,000 menggunakan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Pantai Damai.

Menurut Datuk Dr Abdul Rahman, dengan adanya padang bola sepak yang telah dinaik taraf, ia dapat dimanfaat oleh penduduk kampung terutama golongan belia di Kampung Jaya Bakti. –EDISI UKAS

add comment