Perang Bendera Rancak Di DUN Sebuyau

ISNIN, 13 DISEMBER 2021

SEBUYAU: Masuk hari ke-7 berkempen, perang bendera antara parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) kian meriah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.

Kelihatan bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Amanah Negara (PAN) rancak terkibar di sekitar Kampung Tebelu. 

Selain itu, poster calon bertanding dan banner parti turut digantung di kawasan berkenaan.

Untuk rekod, pilhan raya kali ini melibatkan pertandingan tiga penjuru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau iaitu GPS, Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan PAN. -EDISI UKAS

add comment