ISNIN, 13 DISEMBER 2021
MIRI: Seramai 50 orang ahli veteran Persatuan Thai Poo telah diraikan dalam Majlis Kesyukuran Persatuan Thai Poo yang diadakan di Dewan Persatuan Thai Poo pada Sabtu.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.73 Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew turut hadir di dalam majlis tersebut.
Dalam majlis sama, jentera parti GPS DUN N.73 Piasau turut mengedarkan risalah yang mengandungi Kad Laporan Datuk Sebastian Ting.
Turut diagihkan sumbangan kepada 10 orang ahli veteran persatuan itu.
Hadir sama calon GPS DUN N.74 Pujut Adam Yii Siew Sang dan calon GPS DUN N.75 Senadin, Datuk Lee Kim Shin.-EDISI UKAS