111 Pengundi Awal DUN N.25 Simunjan Tunaikan Tanggungjawab

SELASA, 14 DISEMBER 2021

SIMUNJAN: Seramai 111 pengundi awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Simunjan mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di pusat pengundian di Bilik A Surau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Simunjan pada Selasa.

Pengundi awal terdiri daripada anggota polis yang bertugas di kawasan DUN N.25 Simunjan.

Ia bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab untuk bertugas pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak pada 18 Disember kelak.

Keadaan cuaca yang baik digunakan dengan sebaiknya oleh pengundi awal untuk hadir beramai-ramai ke pusat pengundian dimana ada yang telah sampai ke pusat pengundian seawal pukul 8 pagi.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati, rata-rata pengundi awal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka.

Mereka juga didapati menjaga penjarakan fizikal, selain kelihatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan saringan suhu badan dan menyediakan pensanitasi tangan.-EDISI UKAS

add comment