250 Pengundi Awal DUN N.2 Tasik Biru Laksana Tanggungjawab Di Dewan Serbaguna Kem PLKN Puncak Permai

SELASA, 14 DISEMBER 2021

BAU: Seramai 250 orang pengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.2 Tasik Biru telah direkodkan keluar mengundi di Pusat Pengundian Awal (PPA) Dewan Serbaguna Kem PLKN Puncak Permai, pada Selasa.

Jumlah tersebut melibatkan 94 peratus dari jumlah pemilih berdaftar bagi pengundi awal dari kalangan anggota tentera serta pasangan.

Proses pengundian berjalan lancer dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Turut hadir, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) N.2 Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep meluangkan masa bagi meninjau proses pengundian di PPA berkenaan. -EDISI UKAS

add comment