42 Pengundi Awal DUN N.34 Batang Ai Turun Mengundi

SELASA, 14 DISEMBER 2021

LUBOK ANTU: Pengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.34 Batang Ai telah menunaikan tanggungjawab di Dewan Besar Ibu Pejabat Polis (IPD) Lubok Antu pada Selasa.

Pengundian awal tersebut melibatkan seramai 42 anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menjalan tugas pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak pada 18 Disember kelak.

Tinjauan mendapati pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di mana pelitup muka dipakai dan penjarakan fizikal dijaga serta saringan suhu badan dijalankan. -EDISI UKAS

add comment