Datuk Amar Douglas Uggah Hadir Sesi Randau Bersama Para Petani DUN Bawang Assan

SELASA, 14 DISEMBER 2021

SIBU: Timbalan Ketua Menteri & Menteri Kewangan Kedua, Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas hadir dalam Randau Pertanian (Pengurusan Ternakan Burung Walit) bersama-sama Jabatan Pertanian Negeri Sarawak bertempat di Hotel Kingwood Sibu pada Isnin.

Agriculture Community Outreach Programme (AGRICOP) ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan sasar dalam pertanian meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui teknologi pertanian moden.

Dalam pada itu, Datuk Amar Douglas berkata, ini adalah usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian bagi membantu penduduk setempat menghasilkan produk tempatan khususnya dalam pertanian di atas permintaan yang tinggi di Sarawak sekaligus dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat berasaskan teknologi pertanian moden.

Selain itu, dalam ucapannya Datuk Amar Douglas turut menyeru kepada petani dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan untuk terus menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak bagi meneruskan kesinambungan memfokuskan pembangunan di kawasan luar bandar selaras dengan pelan Pasca COVID-19 2030.

Turut hadir Ketua Bahagian Extension Ibu Pejabat Pertanian Sarawak mewakili Pengarah Pertanian Sarawak, Ronald Ripid, Pegawai Pertanian Bahagian Sibu, Badin Unor dan para petani dari DUN Bawang Assan.-EDISI UKAS

add comment