SELASA, 14 DISEMBER 2021
SIMANGGANG: Pengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Lingga mula menjalankan tanggungjawab mengundi di Bilik Mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Sri Aman pada Selasa.
Pengundi awal tersebut melibatkan hanya seorang anggota polis yang layak bagi kawasan DUN Lingga bagi menjalan tugas pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak pada 18 Disember kelak.
Tinjauan mendapati pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS