Kelab Basikal 96400 kayuh 150 Km bagi Misi Kejohanan Lumba Basikal

SELASA, 14 DISEMBER 2021

MUKAH: Kayuhan basikal oleh kelab Basikal 96400 sejauh 150 kilometer ke Bintulu berjalan dengan lancar ke destinasi tanpa sebarang masalah teknikal.

Ini adalah usaha yang dilakukan oleh kelab tersebut bagi misi Kejohanan Lumba Basikal Piala Dato Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang akan berlangsung pada 15 sehingga 16 Januari 2022 di Kuching Sarawak.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab 96400 Mukah, Mohd Nadzim berkata beliau bersyukur kerana kayuhan tersebut berjalan dengan lancar sehingga ke destinasi tanpa mengalami sebarang masalah teknikal.

Beliau juga sempat merakamkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Mukah merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Dato Hanifah Hajar Taib di atas bantuan geran yang telah diberikan kepada kelab tersebut bagi memberikan semangat kepada kelab tersebut untuk meneruskan legasi berbasikal.-EDISI UKAS

add comment