Kerajaan Sarawak Sentiasa Mengutamakan Pembangunan Luar Bandar Demi Kemakmuran Bersama

SELASA, 14 DISEMBER 2021

PANTU: Pembangunan luar bandar menjadi keutamaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam memastikan Daerah Pantu ini menikmati pembangunan yang lebih pesat dan menikmati hasil kemakmuran Sarawak.

Dalam ucapannya di majlis pelancaran Pantu sebagai daerah di Dewan Sri Pantu, Sri Aman pada Selasa, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata dengan adanya wakil rakyat yang berintegriti dan mempunyai perhubungan baik dengan kerajaan sarawak untuk menyediakan perkhidmatan yang unggul kepada rakyat khasnya di kawasan luar bandar.

“Kita hendak menekankan fokus pembangunan di luar bandar,menerusi struktur yang betul dan pentadbiran yang lengkap serta perkhidmatan yang unggul dan pada hari ini, Daerah Pantu sudah menjadi daerah penuh,Saya ingin berterima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan Residen yang telah membuat kajian sempadan daerah dan daerah kecil untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat”jelasnya.

Dalam pada itu,beliau menambah,kerajaan juga telah memperuntukkan bajet sebanyak 70 peratus dalam Belanjawan Sarawak 2022 bagi membangunkan kawasan luar bandar untuk memberikan selesaan dan kemakmuran Sarawak.

Pada majlis sama, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari telah menyerahkan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Aping, Pantu yang melibatkan 300 penduduk komuniti iban.

selain itu, turut diserahkan surat tawaran dan lesen pendudukan sementara (tol) bagi kampung baru pantu yang diwakli penghulu johnny umi, penghulu bangga regih dan pengulu lee thong sen mewakili 41 orang penerima.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari juga berkata, selain kemudahan jalan raya dan jambatan sebagai penghubung, beliau juga berhasrat untuk memantapkan lagi sistem jalur lebar di kawasan luar bandar.

katanya, perkhidmatan jalur lebar merupakan fokus utama dan menjadi hasrat Kerajaan Sarawak untuk memastikan penduduk di kawasan luar bandar dapat melibatkan diri dalam bidang ekonomi terutamanya dalam era digital melalui kestabilan politik menuju wawasan sarawak era digital 2030.-EDISI UKAS

add comment