Datu Len Turun Padang Tinjau Projek, Santuni Penduduk Kampung

RABU, 15 DISEMBER 2021

SARIKEI: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh turun padang pada Selasa bagi meninjau keperluan untuk membina culvert, parit serta menaiktaraf jalan raya di Kampung Selalang.

Terdahulu, beliau menerima undangan majlis perkahwinan anak Ketua Kaum Zaiton di kampung berkenaan.

Setelah itu, beliau meneruskan perjalanan ke Kampung Parit Bugis disambut oleh perkumpulan wanita dan pemuda yang diketuai oleh KK Aisyah Abdullah.

Aisyah turut memaklumkan perkembangan terkini di Kampung Parit Bugis serta menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Datu Len serta Kerajaan GPS untuk terus menerajui Kuala Rajang.

Perjalanan diteruskan ke Muara Payang bagi meninjau Projek Pembinaan Dewan Sekolah SK Muara Payang yang bernilai RM400,000 di mana projek berkenaan yang bermula pada Jun 2021 sepatutnya siap Disember ini namun sedikit tertunda berikutan COVID-19.

Selain itu, Datu Len sempat ke rumah panjang Rh Sujang Chendan, Rh Muli Nyantau dan bersantai bersama Tr Jugah Banyah dan Tr Peter Jai di jeti Muara Payang. – EDISI UKAS

add comment