Mohd Chee Pergiat Kempen Dekati Rakyat Di Kabong

RABU, 15 DISEMBER 2021

KABONG: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Kabong, Mohd Chee Kadir mempergiatkan kempennya dengan turun padang menyantuni penduduk di beberapa rumah panjang di kawasan itu pada Isnin.

Kempen Mohd Chee turut disertai Pergerakan Wanita PBB Kabong Di Sekitar Kampung Emplam.

Ia dilakukan secara norma baharu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19. – EDISI UKAS

add comment