Pengundian Awal Di DUN Layar Berjalan Lancar, Patuhi SOP

RABU, 15 DISEMBER 2021

BETONG: Proses pengundian awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Layar berjalan dengan lancar di Dewan Serbaguna IPD Betong pada Selasa serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Seramai 136 orang pengundi awal dijadual keluar mengundi dari kalangan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong dengan pusat mengundi dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Antara yang terawal keluar mengundi adalah Ketua Polis Daerah Betong, DSP Zamry Alli serta mantan Ketua Polis Daerah Betong yang telah bersara, Mohd Fadhil Antum Abdullah.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Layar, Dato Gerald Rentap Jabu juga turut hadir bagi meninjau suasana di luar pusat pengundian awal. – EDISI UKAS

add comment