Sesi Perkongsian Bersama Ketua Kaum dan Ketua Ranting DUN N.23 Bukit Semuja

RABU, 15 DISEMBER 2021

SERIAN: Satu sesi perkongsian Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN N.23 Bukit Semuja, John Ilus bersama ketua kaum dan ketua ranting diadakan di Dewan Serbaguna Ranchan pada Rabu.

Dalam perkongsian tersebut, beliau telah memberi penerangan dan informasi pencapaian pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai selama lima tahun beliau menjadi wakil rakyat di DUN N.23 Bukit Semuja.

“Sepanjang sepenggal saya menjadi wakil rakyat, saya telah berusaha sehabis baik untuik berkhidmat demi kemajuan dan pembangunan di Bukit Semuja.

“Tempoh yang singkat selama lima tahun, akan diteruskan untuk memikul peranan dan beban yang akan diamanahkan jika mendapat mandat dalam Pilihan Raya pada kali ini,” katanya.

Tambah beliau, kesinambungan pembangunan akan diteruskan tanpa mengira bangsa dan agama.

Sementara itu, John Ilus berpesan kepada pengundi agar turun mengundi pada 18 Disember 2021 dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia