28 Lagi Penerima Geran Bantuan Daripada UNIFOR

KHAMIS, 16 DISEMBER 2021

KUCHING : Kerajaan negeri melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah menyampaikan geran bantuan operasi COVID-19 tahun 2020/2021 kepada 26 lagi rumah-rumah ibadat agama-agama lain di Sarawak, pada Rabu.

Menurut Pengarah UNIFOR, Richard Lon, penyerahan geran tersebut telah dibahagikan kepada Fasa 1 dan 2 yang mana jumlah keseluruhannya mencecah RM5,000,000 untuk 169 penerima.

Sehingga kini, UNIFOR telah menyerahkan kepada 137 penerima.

Selain itu, turut disampaikan 2 cek bantuan dana rumah ibadat kepada St Patrick Krokong dan Kota Samarahan Baptist Church untuk tujuan pembangunan, pembaik pulih dan naik taraf.

Justeru, segala sumbangan UNIFOR ini membuktikan Kerajaan Sarawak sangat prihatin dan inklusif dalam memastikan pembangunan keagamaan berjalan dengan lancar disamping menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat pelbagai agama. -EDISI UKAS

add comment