Calon GPS DUN Kalaka Pergiat Kempen Dekati Masyarakat

KHAMIS, 16 DISEMBER 2021

KALAKA: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) N38 Kalaka, Mohamad Duri terus giat mengadakan program ziarah mendekati rakyat di kawasan Lubok Nibong, Kali Kaba, Perpat dan Paloh pada Selasa.

Di Lubok Nibong, sebanyak empat buah rumah panjang telah beliau ziarahi iaitu Rumah Mujah Lubok Nibong Hilir, Rumah Rawing, Rumah Galing dan Rumah John Ngeon.

Manakala di Kali Kaba, beliau menziarahi dua buah rumah panjang iaitu rumah Panjang Christopher dan Rumah Panjang Siti Blanda.

Kunjungan beliau diteruskan di kawasan Perpat iaitu Rumah Panjang Tanjung, Kampung Hilir, Kampung Tengah dan Kampung Hulu Perpat.

Ia disusuli dengan lawatan di Kampung Paloh dan diakhiri di Kampung Kaba. – EDISI UKAS

add comment