Calon GPS DUN N.31 Terus Berkempen Dekati Pengundi

KHAMIS, 16 DISEMBER 2021

BUKIT BEGUNAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN N.31 Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang meneruskan kempen beliau di Rh Gani, Lachau Engkabang dan Rh Moses, Melugu Skim pada Rabu.

Dalam kempen tersebut, beliau memberitahu semua penduduk bahawa kerajaan negeri mengamalkan politik pembangunan untuk membantu rakyat Sarawak.

“Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg baru melancarkan Pantu dan Lingga sebagai sebuah daerah penuh dalam bahagian Sri Aman.

“Ini merupakan strategi kerajaan untuk mentadbir dan memajukan pembangunan kawasan luar bandar,” katanya.

Oleh itu, beliau menyeru agar semua penduduk bekerjasama dan bersatu untuk menyokong kerajaan GPS dalam meneruskan pembangunan bukan sahaja di bandar malah luar bandar.-EDISI UKAS

add comment