PRN-12 Sarawak: Kerajaan Yang Stabil Hanya Di Bawah GPS

KHAMIS, 16 DISEMBER 2021

TATAU: Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak ini adalah untuk memilih kerajaan yang akan memerintah Sarawak.

Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-Undang dan Adat Bumiputera Sarawak Datuk John Sikie Tayai, kerajaan yang stabil adalah di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Pada PRN-12 Sarawak ini adalah memilih kerajaan yang akan memerintah Sarawak bagi tempoh 5 tahun akan datang. 

“Melihat kepada trek rekod, GPS adalah gabungan parti yang stabil dan mampu meneruskan agenda pembangunan negeri seperti yang telah ditunjukkan selepas Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) pada 2018,” katanya semasa berucap dalam Kempen PRN-12 Sarawak di Rumah Kelisop Nanga Pelawan Tatau pada Rabu. 

Turut dilawati Rumah Saran, Rumah Satan, Rumah Baja dan Rumah Wan Brujong, Tatau. 

Tambah Datuk John Sikie lagi, Kerajaan GPS Sarawak juga berjaya menarik pelabur asing melabur dan memberi peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini contohnya di Samalaju.

Kerajaan GPS Sarawak juga memperuntukkan lebih banyak pembangunan di kawasan luar bandar dalam setiap belanjawan negeri setiap tahun. -EDISI UKAS

add comment