Rumah-Rumah Ibadat Menyokong Calon Dr Annuar Rapaee sepenuhnya dalam PRN12

JUMAAT, 17 DISEMBER 2021

SIBU: Pelbagai respons yang positif daripada wakil rumah-rumah ibadat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dengan menyuarakan sokongan dan berterima kasih kepada Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr Annuar Rapaee di atas sokongan dan bantuan diberikan kepada mereka selama menyandang kerusi DUN Nangka.

Pelbagai peruntukkan telah diberikan oleh beliau seperti geran Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diberikan untuk membantu dan disalurkan kepada pihak Sibu Sikh Temple.

“Sejak 2016 lagi Dr Annuar telah menyalurkan bantuan kepada Gudwara (Sibu Sikh Temple) untuk pengubahsuaian dan baikpulih, antara peruntukan yang telah diberikan oleh beliau selama ini adalah seperti geran RTP dan MRP bagi membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira agam, bangsa dan kaum,” kata Jagjiwan Singh selaku presiden Sibu Sikh Temple dalam sidang media pada Khamis.

Manakala bagi Patricia Mowe mewakili Tresury St.John Anglican Church juga menyatakan perasaan gembira dan berterima kasih kepada calon GPS itu di atas sumbangan dan bantuan beliau melalui Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR).

“Bagi pihak Kristian Anglican dan semua penganut Kristian di Sibu, kita semua tahu Pilihanraya DUN semakin dekat dan selama ini kami yang beragama Kristian di Sibu sentiasa dijaga dengan baik oleh GPS terutamanya calon DUN Nangka, Dr Annuar. 

“Beliau sememangnya seorang yang sangat prihatin dan sentiasa memberi bantuan kepada orang ramai yang memerlukan terutamanya generasi muda kita,” katanya dalam sidang media.

Turut senada daripada Presiden Hindu Temple Sibu, Manogaran Krishnasamy melahirkan rasa bangga di atas kepimpinan wakil rakyat yang setiasa rajin dan prihatin.

“Saya amat berterima kasih kepada Dr Annuar atas bantuan bagi pembinaan temple India di Sibu. Saya juga berharap penduduk Nangka dapat memberi sekali lagi peluang kepada beliau untuk berkhidmat di DUN Nangka.

“Beliau juga bukan berkhidmat untuk satu kaum sahaja tetapi semua kaum di kawasan beliau malah juga di kawasan luar Sibu juga,” katanya.

add comment