PRN-12 Sarawak : Calon GPS DUN N.42 Semop Buang Undi Di SK Serdeng

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SEMOP: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN N.42 Semop, Datuk Abdullah Saidol telah membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Serdeng, pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS bersama isteri, Datin Nora Ashikin Ibrahim tiba di pusat mengundi berkenaan pada pukul 9.51 pagi.

Untuk rekod, dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak, beliau akan berdepan tentangan daripada calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Amanah dan Bebas.

Sementara itu, DUN N.42 Semop mempunyai seramai 10,297 pemilih berdaftar pada tahun ini.

Tinjauan yang dilakukan juga mendapati, rata-rata pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka. -EDISI UKAS

add comment