Calon GPS DUN N.49 Ngemah Menang Dalam Pertembungan Lima Penjuru

SABTU, 18 DISEMBER 2021

KANOWIT : Pertembungan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Ngemah dimenangi oleh calon Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPS), Anyi Jana yang meraih undi sebanyak 3193 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada Sabtu.

Anyi Jana memenangi kerusi DUN N.49 Ngemah dengan majoriti 261 undi menewaskan calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dr Joseph Jawa Kendawang dengan 2,932 undi.

Manakala, calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Leo Bunsu telah hilang deposit dengan 354 undi, Parti Keadilan Rakyat, Satu Anchom dengan 259 undi dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang juga turut hilang deposit dengan 169 undi.-EDISI UKAS

add comment