Calon GPS Nangka Buang Undi Bagi DUN Nangka

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SIBU: Para pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Nangka mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di Pusat Pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Methodist yang dibuka seawal jam 7.30 pagi Sabtu.

Berdasarkan laporan, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr Annuar Rapaee tiba di pusat pengundian tersebut pada jam 8.14 pagi bersama isteri serta ibu bapa beliau.

Sementara itu, tinjauan oleh wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati rata-rata pengundi yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun dalam keadaan hujan lebat namun tidak mematahkan semangat para pengundi melaksanakan tanggunjawab mereka untuk negara.

Sebanyak 47 saluran di 13 pusat mengundi dibuka bagi DUN Nangka. – EDISI UKAS

add comment