SABTU, 18 DISEMBER 2021
MUKAH: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian, Royston Valentine hadir bagi melaksanakan tanggungjawab mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Petanak, Mukah pada Sabtu.
Royston atau mesra dengan panggilan Roy tiba di pusat mengundi itu untuk membuang undi sekitar jam 10 pagi.
Menurut laporan, setakat ini, pengundi yang hadir melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS