Dato Gerald Rentap Pertahan Kerusi DUN Layar

SABTU, 18 DISEMBER 2021

BETONG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Layar apabila calonnya, Dato Gerald Rentap Jabu menang dengan majoriti yang lebih besar ke atas lawannya dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Berdasarkan keputusan rasmi, Dato Gerald Rentap memperoleh 3,891 undian, untuk menewaskan Isik Utau yang mewakili PSB dengan hanya meraih 1,852 undi.

Kemenangan itu juga menepati ramalan terhadap kemampuan beliau yang mendapat majoriti 2,039 undi.

Pengumuman rasmi keputusan berkenaan dibuat Pegawai Pengurus Encik Sofhi Jebal di pusat penjumlahan undi di Dewan Layar, Pejabat Daerah Betong. – EDISI UKAS

add comment