Dato Sri Tiong King Sing Tawan Kerusi DUN N.52 Dudong

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SIBU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Tiong King Sing berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) Sarawak pada Sabtu.

Beliau yang juga calon Gabungan Parti Sarawak(GPS) menumpaskan tujuh calon lain dengan meraih undi sebanyak 9,390 dan majoriti sebanyak 5,806 undi.

Dato Sri Tiong menang mengatasi calon-calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB),Wong Hie Ping (3,584), Parti Tindakan Demokratik(DAP), Paul Ling Fong(2,724), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Jane Lau Sing Yee (1,779), BEBAS, Cardock(1,178), Parti bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB),Julius Enchana Jaspher Ancho (893), BEBAS, Engga Unchat(225) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Josephine Lau(212).

Untuk rekod, jumlah pengundi berdaftar DUN N.52 Dudong adalah seramai 34,955 pengundi. -EDISI UKAS

add comment