Datuk Abdullah Saidol Pertahan Kerusi DUN Semop

SABTU, 18 DISEMBER 2021

TANJONG MANIS: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Semop, Datuk Abdullah Saidol menang bergaya dengan majoriti sebanyak 3,158 undi, menewaskan Abdul Raafidin Majidi dari Parti Sarawak Bersatu dengan undian sebanyak 1,180 undi.

Datuk Abdullah Saidol yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan UKAS menewaskan tiga lagi calon pembangkang yang telah hilang deposit iaitu Mohd Adenan Zulkeppli yang memegang tiket BEBAS dengan 811 undi, Fadillah Sabali dari Parti Amanah Negara dengan 270 undi dan Jenny Wong Khing Ling dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dengan jumlah undi sebanyak 118.

Dalam pada itu, peratus pengundian berbanding dengan jumlah pemilih yang terdekat ialah 66.64 peratus.-EDISI UKAS

add comment