Datuk Amar Douglas Pertahan Kerusi DUN Bukit Saban

SABTU, 18 DISEMBER 2021

BETONG: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.37 Bukit Saban kekal menjadi milik Gabungan Parti Sarawak (GPS) susulan kemenangan penyandangnya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam pertembungan tiga penjuru, Datuk Amar Douglas meraih 5,373 undi untuk menang dengan majoriti 3,988 undi dengan menewaskan Andria Gelayan dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 1,385 undi dan Mikhail Mathew dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sekadar mendapat 136 undi.

Kemenangan itu membolehkan Datuk Amar Douglas yang juga Timbalan Ketua Menteri mengekalkan penguasaan di DUN Bukit Saban untuk penggal ketiga. – EDISI UKAS

add comment