PRN-12 Sarawak : Datuk Ding Kuong Hiing Pertahan Kerusi DUN N.46 Meradong

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SARIKEI : Meraih undian majoriti sebanyak 3362 undi, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing kekal mempertahankan kerusi di konstituensi tersebut menewaskan tiga calon pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 pada Sabtu.

Menang dengan jumlah 6,827 undi, Datuk Ding telah menewaskan Hii Ru Yee dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang meraih sebanyak 3,465 undi.

Manakala, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Yong Siew Wei dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah hilang deposit dengan 809 undi serta Moh Hiong King juga hilang deposit dengan 622 undi.-EDISI UKAS

add comment