Datu Len Buang Undi Di SK Abang Galau, Rajang

SABTU, 18 DISEMBER 2021

TANJONG MANIS: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh mengundi di SK Abang Galau, Rajang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Selain itu para pengundi bagi kerusi DUN Kuala Rajang mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di 15 pusat pengundian bermula jam 7.30 pagi.

DUN Kuala Rajang mempunyai seramai 11,428 dan tinjauan yang dilakukan mendapati, rata-rata pengundi mematuhi SOP dengan menunggu giliran di pusat pengundian dengan lengkap memakai pelitup muka.

Mereka juga didapati menjaga penjarakan fizikal, selain petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan saringan suhu badan dan menyediakan pensanitasi tangan.

Sebanyak 32 saluran di 15 pusat mengundi dibuka bagi kerusi DUN N.41 Kuala Rajang bagi membolehkan rakyat Sarawak memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. – EDISI UKAS

add comment