Dr Annuar Rapaee Pertahankan Kerusi DUN Nangka

SABTU,18 DISEMBER 2021

SIBU: Kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Nangka dipertahankan oleh Gabungan Parti Sarawak(GPS) menerusi calonnya, Dr Annuar Rapaee apabila beliau menewaskan dua calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Annuar berjaya meraih jumlah undi sebanyak 12,059 dengan majoriti sebanyak 10,804 undi mengatasi Intannurazean Wan Sapuan Daud dari PSB dengan jumlah undi sebanyak 1,255 dan Olivia Lim Wen Sia dari PBK dengan jumlah undi sebanyak 1,027.

Jumlah pemilih berdaftar di DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri ke-12(PRN-12) Sarawak adalah seramai 23,092 pengundi. -EDISI UKAS

add comment