SABTU, 18 DISEMBER 2021
IGAN : Dengan undian majoriti sebanyak 5012 undi, Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya menang besar, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri DUN N.44 Jemoreng dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada Sabtu.
Dr Juanda Jaya berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Osman Rafaie dengan tiket BEBAS telah hilang deposit dengan 611 undi dan Ustazah Zainab dengan 244 undi.
Untuk rekod, pemilih bedaftar di DUN N.44 Jemoreng dalam PRN-12 Sarawak kali ini ialah seramai 9,963 orang.-EDISI UKAS