Kerusi DUN Balingian Kekal Milik Abdul Yakub, GPS

SABTU, 18 DISEMBER 2021

MUKAH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Balingian kekal menjadi milik penyandangnya yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abdul Yakub Arbi selepas menang dengan mencatat 4,050 undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12.

Beliau mencatat 2,904 setelah menewaskan pencabar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Yusuf Abdul Rahman yang meraih 1,146 undi dan Abdul Jalil Bujang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendapat 498 undi.

Keputusan rasmi telah diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Safrie Saili bertempat di Aras bawah, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah.

Kemenangan kali ini membolehkan Abdul Yakub kekal selaku wakil rakyat di DUN Balingian bagi penggal kedua. – EDISI UKAS

add comment