SABTU, 18 DISEMBER 2021
MUKAH: Calon baru Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.57 Tellian, Royston Valentine sah begelar wakil rakyat apabila melakar kemenangan ke atas kerusi tersebut pada Sabtu.
Beliau yang mengantikan mantan DUN Tellian, Yusibnosh Balo meraih undi sebanyak 4282 untuk menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Sait Junaidi dengan 1,365 undi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Arwin Lim Abdullah dengan 287 undi dan Zainuddin Budug dengan 174 undi.
Keputusan rasmi menyaksikan Royston mencatat kemenangan dengan majoriti 2,917 undi.
Pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-12 bagi DUN Tellian adalah seramai 10,059.-EDISI UKAS