Ketua Menteri Sarawak Menang Bergaya Di DUN N.26 Gedong, Raih 4,310 Undi

SABTU, 18 DISEMBER 2021

GEDONG: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menang bergaya dengan meraih 4,310 undi apabila menewaskan dua pencabarnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak pada Sabtu.

Ketua Menteri Sarawak itu menang dengan majoriti 3,607 undi mengenepikan cabaran calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini (703 undi), manakala calon Parti Bumi Kenyalang, Tomson Ango hilang deposit apabila hanya memperoleh 157 undi.

Lebih menarik, calon dari Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang juga kehilangan deposit dengan hanya meraih 94 undi.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN N.26 Gedong, Abdul Khalid Manap selepas selesai proses pengiraan undi di Dewan Masyarakat Gedong pada pukul 7.12 petang .

Untuk rekod, pemilih berdaftar dalam PRN-12 Sarawak adalah seramai 7,208 orang pengundi. -EDISI UKAS

add comment