Mohd Chee Kekal Selaku ADUN Kabong Bagi Penggal Kedua

SABTU, 18 DISEMBER 2021

KABONG: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengesahkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 susulan kemenangan penyandangnya, Mohd Chee Kadir pada Sabtu.

Sekali pun disaingi tiga pencabar, Mohd Chee cemerlang apabila menang dengan majoriti 2,763 undi setelah mengumpul 4,789 undi.

Beliau menewaskan calon pembangkang, Wan Mohamad Wan Ali dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mengumpul 2,026 undi, Mohamad Asri Kassim dari Parti Bumi Kenyalang dengan 208 undi dan Hud Andri dengan 91 undi.

Kemenangan Mohd Chee diumumkan oleh Pegawai Pengurus, Mohamad Rashdan Hazemi.

Untuk rekod, ia penggal kedua Mohd Chee menyandang kerusi DUN Kabong. – EDISI UKAS

add comment