Penggunaan Berus Pewarna Hanya Untuk Pengundi Dengan Suhu Melebihi 37.5 Darjah Celcius

SABTU, 18 DISEMBER 2021

KUCHING: Kaedah penggunaan berus pewarna pada jari pengundi selepas proses pembuangan undi hanya akan digunakan kepada mereka yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah celcius.

Ia dijelaskan oleh Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof sambil menambah berus yang digunakan tersebut akan terus dibuang.

Katanya, bagi mereka yang mempunyai suhu baik akan menggunakan kaedah mencelup dalam botol penanda warna.

“Ada kekeliruan mengapa kita mencelup jari dalam botol dan tidak disapu dengan berus. Apabila saya menyemak dengan SPR, berus hanya akan digunakan terhadap mereka yang mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah celcius. Hanya itu akan digunakan berus dan berus itu terus dibuang.

“Yang suhunya ok dicelupkan jarinya di dalam botol penanda warna,” katanya ketika ditanya media semasa meninjau proses pengundian di Pusat Mengundi Padang Futsal, Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS pada Sabtu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia amat berpuas dengan kelancaran proses pengundian di pusat pengundian tersebut.

Katanya, SOP yang ditetapkan juga dipatuhi dengan baik oleh para pengundi.

“Dari segi jumlah kehadiran pengundi, saya tidak menjangka warga emas malah yang berkerusi roda ramai yang turun. Ini bermakna sambutan begitu baik sekali dan SOP tersebut dijaga dengan begitu baik sekali,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk turun mengundi dengan segera bagi mengelak keadaan cuaca yang tidak menentu.

Terdahulu, Datuk Seri Fadillah membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat, Jalan Haji Bolhasan sekitar jam 9.21 pagi. – EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia