Pengundi Di DUN N.16 Muara Tuang Mula Turun Mengundi Dengan Pematuhan SOP Ditetapkan

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SAMARAHAN: Para pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Muara Tuang menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di Dewan Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan yang telah dibuka seawal jam 7.30 pagi, pada Sabtu.

Difahamkan, seramai 805 pengundi yang layak mengundi bagi undi biasa di pusat mengundi berkenaan.

Tinjauan mendapati para pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Untuk rekod, sebanyak 66 saluran di 39 pusat mengundi dibuka bagi DUN N.16 Muara Tuang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. -EDISI UKAS

add comment