PRN-12 Sarawak: Calon GPS DUN Katibas Mengundi Di SJK Cina Hin Hua

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SONG: Seawal jam 7:00 pagi pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.62 Katibas mula membanjiri Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Hin Hua pada Sabtu. 

Cuaca baik telah menyebabkan ramai pengundi mengambil kesempatan turun mengundi. 

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN N.62 Katibas Lidam Assan turun mengundi pada jam 9:15 pagi yang ditemani isteri dan beberapa orang pengundi. 

Sementara itu, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah turun awal sekitar jam 8:00 pagi. 

Sementara itu tinjauan wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Mengundi Madarasah Kampung Gelam mendapati jumlah yang turun mengundi turun sedikit disebabkan hujan mula turun pada jam 9:30 pagi. 

Pada Pilihan Raya negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak kali menyaksikan 10,530 pemilih berdaftar mengundi di DUN N.62 Katibas.-EDISI UKAS

add comment