PRN-12 Sarawak: Calon GPS DUN N.36 Layar Pengundi Pertama Di SK Nanga Ajau

SABTU, 18 DISEMBER 2021

BETONG: Para pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Layar mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ajau, Betong pada Sabtu.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Gerald Rentap Jabu tiba di pusat pengundian berkenaan pada seawal pukul 7 pagi untuk mengundi dan menjadi orang pertama mengundi di situ.

Untuk rekod, DUN N.36 Layar mempunyai seramai 9,334 pengundi berdaftar dengan 4611 atau 49.4 peratus pengundi adalah lelaki, manakala baki 4,723 atau 50.6 peratus adalah pengundi wanita.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati, rata-rata pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS

add comment