PRN-12 Sarawak : Christopher Gira Raih 7778 Undi Di DUN N.59 Tamin

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SELANGAU : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.59 Tamin, Christopher Gira Sambang menang di konstituensi tersebut dengan meraih 7,778 undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 pada Sabtu.

Christopher Gira memenangi kerusi DUN N.59 Tamin dengan majoriti 3,588 undi dalam pertarungan satu lawan satu dengan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Joseph Entulu Belaun yang meraih 4,190 undi.

Untuk rekod, pemilih berdaftar dalam PRN-12 Sarawak bagi DUN Tamin adalah seramai 16,681 orang.-EDISI UKAS

add comment