PRN-12 Sarawak : Dato’ Sri Huang Tiong Sii, Menang Dengan Majoriti 7308 Undi

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SARIKEI : Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Repok apabila calonnya, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menang dengan majoriti yang lebih besar ke atas lawannya, Wong Pak Ming calon Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Berdasarkan keputusan rasmi, Dato’ Sri Huang Tiong memperoleh sejumlah 10,038 undi sekaligus menewaskan Wong Pak Ming yang meraih 2732 undi.

Sementara itu, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Joseph Wong Kung King dengan hanya meraih 738 undi manakala, calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Wong Chin King dengan 216 undi.

Pengumuman rasmi keputusan berkenaan dibuat Pegawai Pengurus Christopher Ranggau di pusat penjumlahan undi di The Sarikei Innovation Centre (SIC).-EDISI UKAS

add comment