SABTU, 18 DISEMBER 2021
TANJONG MANIS: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Galau, Rajang pada Sabtu.
Selain itu para pengundi bagi konstituensi berkenaan mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di 15 pusat pengundian seawal pukul 7.30 pagi.
DUN N.41 Kuala Rajang mempunyai seramai 11,428 pengundi berdaftar dan sebanyak 32 saluran di 15 pusat mengundi dibuka bagi membolehkan rakyat Sarawak memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.-EDISI UKAS