SABTU, 18 DISEMBER 2021
LAWAS: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menunaikan tangunggjawab mengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang, Lawas pada Sabtu.
Beliau tiba di pusat mengundi tersebut kira-kira pukul 11 pagi sebelum memasukkan kertas undi lima minit kemudian.
Untuk rekod, dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) kali ini, beliau akan berhadapan dengan calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam saingan tiga penjuru bagi merebut kerusi DUN N.82 Bukit Sari.
Datuk Amar Awang Tengah juga merupakan penyandang kerusi DUN N.82 Bukit Sari.
Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN N.82 Bukit Sari secara keseluruhan mempunyai seramai 13,054 pengundi berdaftar termasuk 119 pengundi awal. -EDISI UKAS