SABTU, 18 DISEMBER 2021
SENADIN: Para pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.75 Senadin mula menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi di pusat pengundian di SMK Baru Miri seawal pukul 7:30 pagi.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN tersebut, Dato Seri Lee Kim Shin tiba di pusat pengundian di situ pada pukul 7:20 pagi untuk mengundi.
Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati, rata-rata pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menunggu giliran di pusat pengundian.
Pilihan Raya kali ini akan menyaksikan sejumlah 34,117 pengundi di DUN Senadin dengan 13 pusat pengundi membabitkan 75 saluran bagi membolehkan rakyat di kawasan DUN Senadin memilih wakil rakyat mereka untuk lima tahun yang akan datang.-EDISI UKAS