SABTU, 18 DISEMBER 2021
MUKAH: Hari ini (Jumaat) merupakan hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak selepas 11 hari berlangsung.
Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang Undang dan Adat Bumiputera Sarawak Datuk John Sikie Tayai, sepanjang berkempen sokongan daripada penduduk sangat positif terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“Berikan mandat untuk GPS kekal menjadi kerajaan di Sarawak.
“Saya yakin GPS akan terus menjadi kerajaan bersama dengan komponen parti seperti PBB, PRS, SUPP dan PDP,” katanya semasa berucap dalam Kempen GPS DUN N.60 Kakus pada Jumaat.
Ujar Datuk John Sikie, tidak dapat dinafikan lagi Kerajaan GPS adalah sebuah kerajaan yang stabil sehingga berjaya menarik pelabur dan meningkatkan ekonomi negeri.
Ini akan memberi peluang ekonomi kepada masyarakat dengan kerajaan menyediakan banyak peluang pekerja.-EDISI UKAS