PRN12 SARAWAK: Dato Sri Fatimah Pertahan Kerusi DUN Dalat

SABTU, 18 DISEMBER 2021

DALAT: Kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) Dalat masih dipertahankan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Fatimah Abdullah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12.

Dato Sri Fatimah telah mencatat sebanyak 7085 undi dengan majoriti undian 6,625 setelah menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Salleh Mahali dengan jumlah undi sebanyak 460.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Negeri DUN N.56 Dalat adalah seramai 12,503.-EDISI UKAS

add comment