Proses Pengundian Di DUN Bukit Assek Berjalan Lancar, Patuh SOP

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SIBU: Seramai 2900 pengundi berdaftar di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist keluar menjalankan tanggungjawab mereka mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek.

Menurut laporan yang diterima, Pusat Pengundian tersebut dibuka seawal jam 7.30 pagi dengan kehadiran yang terkawal dan tidak terlalu sesak.

Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng pula hadir jam 7.40 bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi disusuli calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi DUN Dudong, Jane Lau Sing Yer pada jam 8.55 pagi.

Selain itu, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC), Clarence Ting Ing Horh pada jam 9.05 pagi manakala calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Chieng Jin Ek hadir bersama isteri beliau mengundi pada jam 9.10 pagi.

Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek , Dato Chieng Buong Toon mengundi pada jam 9.48 pagi calon PBK DUN Bukit Assek, Priscilla Lau tiba pada jam 10.15 pagi untuk mengundi bersama keluarga.

Proses pengundian berjalan dengan lancar dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan setakat ini.

Untuk rekod, seramai 27,636 pengundi berdaftar di DUN Bukit Assek yang menyaksikan pertembungan enam penjuru.-EDISI UKAS

add comment