Pusat Mengundi SJKC Hang Kwong dan SK Nanga Salim Ditutup

SABTU, 18 DISEMBER 2021

SIBU: Pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) Hang Kwong telah ditutup pada jam 2 petang dengan jumlah turun mengundi seramai 60 pengundi setakat jam 12.30 tengah hari.

Manakala pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Nanga Salim juga telah ditutup pada jam 3 petang dengan jumlah pengundi seramai 208 atau 71 peratus daripada jumlah keseluruhan seramai 294 pengundi yang berdaftar.

Menurut laporan yang diterima, seramai 27,636 pengundi berdaftar di DUN Bukit Assek dengan pertembungan enam penjuru dan proses pengundian tersebut berjalan dengan lancar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.-EDISI UKAS

add comment