Safiee Cemerlang Di Daro, Menang Dengan Majoriti Lebih Besar

SABTU, 18 DISEMBER 2021

DARO: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kedua selepas melakar kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 pada Sabtu.

Safiee mencatat majoriti cemerlang sebanyak 5,111 undi selepas meraih 5,317 undi untuk menewaskan Cikgu Jamal Ibrahim dari parti Bebas dengan 205 undi dan Ting Ing Hua dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang mengumpul 184 undi.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Bujang Rahman Seli bertempat di pusat penjumlahan undi Dewan Masyarakat Daro.

Kemenangan Safiee turut diraikan sama Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. – EDISI UKAS

add comment